
This is the latest location for Aikido training for kids (refer previous post)... itz still in Kota Damansara Dataran Sunway... the new address is No 32 Jalan PJU5/21... itz in the same row as CIMB Bank
Wednesday, March 25, 2009
CRUSH MMA new location
Posted by Layers of Delite at 7:52 PM 0 comments
Monday, March 2, 2009
Community Service : Sumbangan Untuk Rumah Anak-anak Yatim/Miskin
A note passed by a friend...
RUMAH ANAK-ANAK YATIM/MISKIN TAMAN BAIDURI
No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, 43800 Dengkil, Selangor
Rumah Anak-Anak Yatim/Miskin Taman Baiduri (nama ‘Taman Baiduri’ digunakan untuk sementara sehingga nama sebenar diluluskan oleh ROS) akan dibuka pada Mac 2009 di sebuah kediaman yang diwakafkan di No. 11A, Jalan Baiduri 2, Taman Baiduri, Dengkil.
Rumah ini bertujuan membantu anak-anak yatim dan miskin lelaki yang terbiar, tiada tempat tinggal, tiada waris yang sudi menjaga, tercicir dari alam persekolahan dan buta huruf mendapat jagaan yang sempurna terutama dari segi pendidikan, tempat tinggal, makanan dan pakaian. Anak-anak ibu tunggal yang memerlukan jagaan sementara kerana kematian bapa atau perceraian, adik-beradik ramai, ibu berpenyakit kronik dan hidup dalam kemiskinan juga diberi perhatian oleh rumah ini.
Rumah ini diwujudkan atas keprihatinan dan usaha untuk melihat anak-anak ini melalui zaman kanak-kanak dengan sihat dan sejahtera, memberi peluang kepada mereka membesar dengan sempurna dan menyelamatkan mereka dari sebarang bentuk gejala sosial akibat kesengsaraan dan tekanan hidup.
Dalam hal ini, kemampuan kami agak terbatas. Jadi, kami memerlukan sokongan semua pihak untuk menjayakan usaha ini. Sehubungan itu, kami amat berharap dan berterima kasih sekiranya Tuan/Puan dapat menghulurkan sebarang bentuk bantuan yang mampu demi anak-anak ini. Berikut disenaraikan barangan keperluan untuk anak-anak yatim/miskin dan rumah tersebut:
      Item    Kuantiti     
1       Al-Quran resam Uthmani  20   
2       Muqqadam / Iqra’        20   
3       Surah Yasin     20   
4       Sejadah 20   
5       Rehal   20   
6       Kain pelikat    16   
7       Songkok 16   
8       Buku cerita dan buku latihan         
9       Rak buku        5    
10      Pakaian sekolah (Baju, seluar, stokin & Kasut)  16   
11      Peralatan sekolah (beg, bekas bekal & alatulis) 16   
12      Pakaian harian  16   
13      Almari pakaian  16   
14      Katil double decker     8    
15      Tilam   20   
16      Bantal  20   
17      Selimut         20   
18      Kipas dinding   8    
19      Lampu kalimantang       10   
20      Dapur gas       1    
21      Pinggan plastik, senduk, sudu & gelas plastik   20   
22      Ampaian kain    1    
23      Beras, gula, tepung, minyak masak            
24      Barangan kering & rempah             
* Kami juga menerima barangan atau pakaian terpakai yang masih elok untuk digunakan.
Rumah ini akan mula dibaikpulih pada pertengahan Januari 2009 untuk membaiki paip dan dinding yang bocor, lantai yang pecah termasuk membina tempat wuduk dan tembok di bahagian belakang rumah sebelum anak-anak ini masuk pada Mac 2009.
Sekiranya Tuan/Puan berhasrat untuk memberi sumbangan atau mengetahui lebih lanjut tentang rumah anak-anak yatim ini, sila hubungi:
          En. Mohd Shukry Md Latar                        019-6539701             shukry_latar@yahoo.com
            Ust. Helmi Jamaludin                    012-5774873             solehin_ioa@yahoo.com.my
        Dr. Haji Lukman Z. Mohamad              012-2904873             lukmanzm@hotmail.com
Segala sokongan, sumbangan dan bantuan yang diberikan oleh Tuan/Puan dalam menjayakan usaha ini didahulukan dengan ucapan jazakullah khairan khatiran dan berbanyak terima kasih.
Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Posted by Layers of Delite at 10:55 AM 0 comments